Want your
own Fotopage?







 
khairul azam's FotoPage

By: khairul azam bahari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
gaya-gaya isya terkini

jom study
 
baru balik ngaji
lambatnye sampai kuda ni
 
nak tidoo
aahhh penat le
hmm
cantiknye
View all 27 photos...
inilah alisya, suka bergambar dan mama lah orang yang cukup rajin melayan alisya posing depan kamera

ebab, bunge manggor dah siap, hanya menunggu ketibaan ajer...anak dato mane pulak nii
Fri 1-Aug-2008 10:38
Posted by:toy
ler, ko x ingat yg adik tercinter ko nie org kg ingat kawen ngan anak dato'?
Fri 8-Aug-2008 06:24
Posted by:ebab
uii comeynye die..
pandai btoi posing
Mon 18-Aug-2008 10:00
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 20-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Stirling dan Loch Lomond (Bamaha)

 
 
 
wallace monument nun di belakang sana
 
 
View all 42 photos...
20 Julai, dah lama rasanya tak berjalan keluar jauh sedikit dari Glasgow. Kira-kira jam 11.15 pagi kami bergerak ke Stirling, siang yang panjang membolehkan kami keluar lewat sedikit. Lagipun Stirling terletak lebih kurang 45 minit sahaja dari kota Glasgow ini. Siap dengan bekalan nasi, kami bergerak ke Stirling, cuaca pun Alhamdulillah cerah cuma berangin sedikit. Setibanya di sana, kami terus menuju ke Stirling Castle yang terletak di atas bukit. Bergambar dan akhirnya ternampak bas city tour (sight seeing), akhirnya kami ambil keputusan untuk menaiki bas tersebut untuk pusing sekeliling kota Stirling. 7.50pound untuk seorang dewasa. Isya punyelah seronok dapat naik bas. Dalam perjalanan ke Wallace Monument, kami dibawa melewati kampus Stirling University. Tiba di Wallace Monument, kami mendaki bukit untuk ke monumen tersebut. Isya cukup kuat semangat mendaki bukit tidak mahu didukung. Puas bergambar, kami turun menanti bas city tour dan dibawa mengeliling kawasan-kawasan bersejarah di Stirling. Sebaik tiba kembali di Stirling Castle, perut pun dah lapar, apa lagi lunch di tepi istana, seronoknya. Petang itu dalam perjalanan untuk pulang ke Glasgow, kami melencong ke Loch Lomond, antara tasik yang terbesar di Scotland. Sekejap sahaja di Loch Lomond sebab Isya merengek...nak balik rumah katanya hehe..penat la tu

saper tulih ayat2 nie? ghenti2 kan ler gune ayat skema nie wey!!! ekekeke..hahaha!!!
Tue 29-Jul-2008 05:49
Posted by:ebab
bukan skema tapi kecintaan kepada bahasa hehe jangan jeles daa
Wed 30-Jul-2008 20:22
Posted by:toy
luper plak korg amik Sosiologi Antropology..ntah aper gy lagi tah!
Thu 31-Jul-2008 02:15
Posted by:ebab
Add comment


Friday, 18-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Window Shopping di Braehead

 
 
 
View all 6 photos...
lebih kurang 4 batu dari rumah di Govanhill terletak Braehead Shopping Centre dan di situ juga ada IKEA, jadi kami pun sajalah buang masa ke sana sekejap melihat-lihat persekitarannya.

Care to comment?


Friday, 11-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Window shopping di Forge dan Tesco

 
 
 
View all 16 photos...
barang dapur dah nak habis, jom ke Tesco tapi sebelum tu lajak ke Forge, saja jalan-jalan tengok Next Clearance. Balik singgah pula di Richmond Park, tengok Swan...ada mat saleh bagi makan roti

Care to comment?


Wednesday, 2-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
tetamu dari Malaysia

 
Isya dapat coklat
Kak Rosni, Kak Fauziah, Kak Dalila, anak-anak Kak Fauziah
Hari ini, kami menerima kunjungan tetamu dari Malaysia, Kak Rosni, Kak Dalila dan Kak Fauziah. Kak Rosni bekerja di USM dan kenal pula dengan Ina, jadi dipanjang-panjangkan silaturrahim. Kak Fauziah akan menerima ijazah masternya di Strathclyde University pada 4 Julai 2008, jadi sementara mereka di Glasgow, kami menjemput mereka datang berkunjung ke rumah.

Care to comment?


Saturday, 21-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
meraikan tetamu

amboi happynya Isya
 
 
View all 8 photos...
sekali lagi kami mengadakan majlis makan-makan sedikit di rumah dan kali ini kami menjemput keluarga Jais & Kak Ina dan keluarga Khairudin & Syikin. Kedua-dua keluarga ni pernah menjaga Alisya untuk beberapa bulan. Selain itu, Mimi (adik Syikin) akan pulang ke Malaysia pada hujung Jun nanti. Isya punyelah seronok sebab dapat jumpa kakak-kakak dan abang. Isya juga masih ingat kepada Kak Ina yang sempat menjaga Isya selama 2 bulan dan selepas itu Mimi pula yang mengambil alih menjaga Alisya. Terima kasih kepada kedua-dua keluarga ini yang sudi membantu kami. Jais dan keluarganya juga akan pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian di peringkat master pada bulan September nanti.

Care to comment?


Saturday, 14-Jun-2008 13:49 Email | Share | | Bookmark
Summer di Glasgow

parade di Victoria Road, Govanhill
 
 
View all 23 photos...
Hari ini, meraikan ulang tahun kelahiran Husna, isteri tersayang...kami ke city centre window shopping sambil melihat karenah manusia di kota glasgow. Sebelum ke city centre, sempat pula menyaksikan perarakan di Victoria Road. Banyak yang menarik sebenarnya, dari Sauchiehall Street menyelusuri Buchanan Street sehinggalah ke Argyll Street, macam-macam acara yang ada bercampur baur dengan kedinginan cuaca musim panas di scotland. Sempat pula terjumpa dengan rakan dari Libya yang turut mengikuti pengajian dalam PhD.

Care to comment?


Sunday, 8-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
meraikan rakan-rakan di govanhill

anuar pa dan ahli keluarganya
 
 
View all 8 photos...
dah lama benar rasanya fotopages ini tidak dikemas kini. sibuk sedikit dengan urusan belajar...kali ini, pada 8 Jun, kami menjemput keluarga anuar, syed mahadi dan nazir ke rumah untuk jamuan ringan. anuar dan keluarga akan kembali ke tanah air pada hujung bulan september nanti setelah menamatkan masternya dalam bidang kejuruteraan.

Care to comment?


Sunday, 25-May-2008 18:09 Email | Share | | Bookmark
Blair Drummond Safari and Adventure Park

 
 
 
View all 22 photos...
25 Mei 2008, kami dan beberapa buah keluarga lagi berkereta ke Safari Park di Stirling kira-kira 30 batu dari Glasgow. Bertolak kira-kira jam 9.15 pagi dan tiba sejam kemudian. Cuaca cukup memberangsangkan, panas dan dingin, Alhamdulillah bolehlah puas berjalan. Konsep Safari Park ini menarik, haiwan dibiarkan lepas bebas di kawasan terbuka dan kami memandu masuk ke dalam taman tersebut sambil melihat badak sumbu, unta, rusa, singa berkeliaran di hadapan kenderaan kami. Mujur tiada yang menerkam, dah biasa agaknya tengok kereta. Yang paling menarik adalah melihat aksi badak sumbu dewasa mengejar anaknya dari satu penjuru ke satu penjuru, mungkin sedang mengajar anaknya berlari. Selepas mengelilingi kawasan tersebut, kami berhenti rehat dan menonton pertunjukan singa laut pula. Tetapi sebelum itu kami ramai-ramai enjoy bermain glide yang tingginya lebih kurang 30 meter dari tanah. Isya pun seronok! Dan acara seterusnya berkelah makan tengah hari. Insyaallah akan ke sana lagi.

Assallamualaikum Azam & Husna.... ate apa khabor mike? hahahaha... saja2 nak belajor bahasa perak ni...kehkehkeh... ate dah laki teman org perak!
Lama tak jengok isya kat sini... InsyaAllah kita akan ke sana sikit masa lagi.. TUNGGUUU.... dlm perancangan... wakakakaka...buleh ke?
Wed 25-Jun-2008 12:27
Posted by:kakpah  - [Link]
salam kak pah, atee elok bebeno le datang, summer udah datang, usah nunggu winter pulak, karang beku hehe
Wed 25-Jun-2008 12:46
Posted by:aza
Azam...Yeop tu dah tak jadi penghulu lagi...kena pecat....hahahahaha... dah letak jawatan ler... skrg jadi rakyat biasa jer...kehkehkeh... InsyaAllah akan dibgtau tarikhnya nanti...
Wed 25-Jun-2008 13:37
Posted by:kakpah  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 12-May-2008 13:58 Email | Share | | Bookmark
alisya's sketches

 
 
 
View all 5 photos...
isya rajin melukis, macam2 corak yang dibuatnya, papa dan mama belikan crayon, bertambah suka la dia

Er...memang kreatif...jgn conteng dinding sudah..kang marah pulak si Dorina tu...
Thu 15-May-2008 13:11
Posted by:tirzah ztirzah@yahoo.com
Takpe, bior Dorina pening, yang penting kreatif hehe
Fri 23-May-2008 21:02
Posted by:azam
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.